mendorong-pekerja

Wang dan pangkat bukannya satu-satunya cara untuk memotivasikan pekerja. Walaupun ia merupakan cara yang popular dan paling diharapkan pekerja, namun terdapat beberapa cara lain yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang kos.

1. Kepimpinan melalui teladan

Biasa dengar kan ayat di atas? Pemimpin yang akan baik akan menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja-pekerjanya.

Bagaimana anda boleh mengharapkan pekerja anda bersikap jujur dan amanah dalam pekerjaan, sedangkan anda sendiri mengambil rasuah dan selalu membelanjakan duit syarikat untuk kepentingan diri sendiri.

2. Tunjukkan minat dalam membangunkan kerjaya mereka

Pekerja anda mempunyai impian untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya mereka. Mereka tidak mahu tersekat di tahap kerjaya  yang sama sehingga pencen.

Tunjukkan minat yang ikhlas untuk membantu pekerja anda maju dalam kerjaya mereka.

Syarikat-syarikat besar yang berjaya seperti Facebook, Apple dan Microsoft menitikberatkan pembangunan kerjaya pekerja mereka.

Ini kerana ada kajian yang menunjukkan ia bukan sahaja dapat memberi motivasi kepada mereka malah ia membuatkan pekerja akan kekal lebih lama bekerja dengan syarikat.

3. Letakkan jangkaan yang tinggi tapi realistik

Apabila meletakkan sasaran percapaian atau KPI yang perlu dicapai oleh pekerja, pastikan sasaran tersebut boleh dicapai sesuai dengan kemampuan pekerja dan sumber syarikat yang ada.

Terangkan kepada mereka mengapa sasaran tersebut ditetapkan  seperti kepentingannya kepada syarikat dan kesannya dalam meningkatkan pencapaian pekerja tersebut.

Pekerja hanya dapat memberikan usaha mereka yang terbaik sekiranya mereka jelas dengan apa yang yang mereka perlu capai.

4. Kerap beri pandangan yang jujur

Pekerja tidak akan tahu bagaimana prestasi perkembangan kerja mereka jika anda jarang bercakap dan berbincang  dengan mereka.

Bersikap terbuka dan wujudkan perbincangan atau perbualan yang bukan sahaja kerap tapi bersifat dua hala dengan mereka.

Bukan sahaja anda dapat memberi maklumbalas kepada mereka tapi mereka juga dapat memberikan maklumbalas dan penjelasan yang mungkin anda tidak tahu.

5. Ambil tahu siapa pekerja anda

Siapa di sini bukan setakat tahu nama, kelayakan dan pengalaman kerja pekerja anda. Ambil tahu juga perkara seperti kekuatan dan kelemahan mereka, apa yang dapat memotivasikan mereka, cara mereka bekerja serta berfikir dan sebagainya

Lebih banyak yang anda tahu dan faham tentang pekerja anda, lebih mudah untuk anda ‘memanipulasi’ (dalam cara yang baik) mereka untuk kelebihan bisnes anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *