usahawan-karamel-jaga-kualiti

Kebiasaannya apabila anda baru memulakan bisnes kecil dengan modal yang terhad, segala-galanya akan dilakukan sendiri oleh anda.

Andalah yang mencari produk, membungkusnya, menjawab Whatsapp, membuat penghantaran, mengemaskini Facebook dan seribu satu lagi tugas.

Dalam kesibukan itu, anda akan berhadapan dengan risiko terlepas pandang sesetengah perkara yang penting.

Salah satunya kualiti produk yang anda jual.

Bagaimana anda boleh mengelakkan kualiti produk jualan terjejas walaupun anda menguruskan bisnes bersendirian?

Usahawan solo dari Ampang, Selangor, tuan Ahmad Farid Ismail, melakukannya dengan menghadkan jumlah pengeluaran harian produk jualannya iaitu karamel.

Beliau mula berniaga karamel pada tahun 2007 selepas usahanya menjual sandwich tidak berhasil akibat ditipu. Bisnesnya dilakukan secara separuh masa pada waktu malam kerana beliau masih bekerja di hotel ketika itu.

Memandangkan karamelnya mendapat sambutan hingga mendapat pesanan untuk majlis-majlis, beliau menjalankannya secara sepenuh masa mulai tahun 2014.

Namun kerana masih  tidak mempunyai pembantu, beliau melakukan segala-galanya dari membeli bahan, memasak, membungkus dan membuat penghantaran. Setiap hari, beliau akan membuat karamel dari jam 9 malam hingga 2 pagi. Pada sebelah pagi dan petang, beliau membuat penghantaran.

Kerana itu beliau hanya menghadkan pembuatan kepada hanya 400 bekas sehari. Ini mebolehkan beliau menjaga kualiti karamelnya kerana semuanya perlu dilakukan dalam tempoh 4 atau  jam sahaja.

Sebarang pesanan tambahan akan ditolak.

Resepi karamel itu dihasilkannya sendiri dan pelanggan menyukai karamelnya kerana ianya tidak hanyir dan air gulanya tidak berasa pahit. Karamelnya boleh disimpan hingga sebulan di dalam peti sejuk.

Karamelnya dijual dengan menggunakan jenama Mr. Caramell dan hanya dijual melalui instagramnya @mr.caramell.

(Sumber : Harian Metro)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *