Family-Mart-1

7-Eleven dan MyNews adalah jenama kedai serbaneka yang kita biasa dengar di Malaysia.

Tetapi ada satu lagi jenama kedai serbaneka yang baru dibuka April tahun lalu dan ia sedang berkembang dengan cepat.  Jenama itu adalah FamilyMart, jenama global kedua terbesar selepas 7 Eleven.

Family Mart diasaskan di Jepun pada tahun 1973 dan mempunyai 24,000 cawangan di Japan, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan.

Di Malaysia, 30 cawangan telah dibuka setakat ini dan ia telah mula mencatat keuntungan walaupun baru setahun beroperasi di Malaysia. Affin Hwang Capital Research menjangka Family Mart Malaysia akan mencapai titik pulang modal pada tahun 2020.

Affin Hwang Capital Research menggraiskan  3 sebab mengapa Family Mart berkembang dengan cepat dan mampu mencatat jualan harian lebih dari RM6,000 :

1. Dibuka di kawasan yang trafik pejalan kakinya ramai etc. kawasan pejabat, stesen MRT, pusat membeli belah dan universiti.

2. Menyasarkan pelanggan dari golongan urban yang menjalani gaya hidup sibuk dan sanggup membayar harga lebih asalkan memudahkan kehidupan mereka.

3. Harga jualan tinggi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *