jeff bezos

Jeff Bezos adalah salah seorang usahawan bertaraf billionair Amerika Syarikat dan dianggarkan mempunyai kekayaan bersih sebanyak  USD79.3 billion, hanya sedikit di belakang Bill Gates yang mempunyai kekayaan bersih sebanyak USD87.2 billion.

Kesemua kekayaannya dihasilkan dari laman web marketplace Amazon.com yang diasaskannya pada tahun 1994. Nilai keseluruhan saham Amozon.com kini bernilai sebanyak USD$247.6 billion.

3 tip yang diberikan oleh Jeff Bezos kepada usahawan-usahawan di luar sana adalah :

 

1. Mesti berani untuk gagal dalam melakukan inovasi.

Ujarnya, ‘Tanpa kesanggupan untuk gagal, kita tidak akan berjaya dalam melakukan inovasi kerana kebanyakan usaha inovasi gagal’.

Menurut Mark Payne, pakar perunding inovasi global terkenal, hampir 90% dari inovasi yang dihasilkan gagal di petengahan jalan.

Antara projek inovasi Amazon yang gagal dan menelan belanja billion dolar adalah Fire Phone, Destinations, Amazon Local, Amazon Wallet, Amazon Local Register, Music Impoter, TestDrive, Amazon Webpay, Endless.com, dan Askville.

 

2. Buat perubahan kepada produk dan servis sedia ada

Jangan merasa selesa dengan kejayaan produk/ servis yang sudah dicapai. Teruskan mencari peluang bagaimana produk/servis kita dapat memberi penyelesaian kepada masalah lain yang dihadapi pengguna.

 

3. Sanggup disalahanggap oleh orang lain

Sebagai usahawan, setiap kali kita memperkenalkan sesuatu yang baru pasti ada yang mempersoalkan dan meraguinya.

Ketika Jeff Bezos memperkenalkan ciri ‘user review’ atau ulasan pengguna (yang turut termasuk ulasan  negatif) bagi produk-produk yang dijual di laman web Amazon, kebanyakan peniaga mempersoalkan tindakan tersebut dan mereka mengatakan beliau sendiri tidak memahami perniagaan yang beliau jalankan.

Tetapi kini ‘user review’ di Amazon adalah yang paling dipercayai di dunia dan mereka yang tidak membeli di laman Amazon juga turut menjadikannya sebagai rujukan sebelum membeli sesuatu produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *