insta1
Adakah anda menggunakan Instagram untuk mempromosikan bisnes anda?

Jika ya, 3 tip di bawah ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan strategi promosi anda di Instagram.

Tip ini dikongsi oleh Nathan Chan, pengasas majalah Foundr Magazine yang mempunyai 900,000 follower di Instagram dan biasa mendapat hampir 10,000 like bagi setiap post di akaun Instagramnya.

1. Guna gambar yang mengujakan dan memberi inspirasi

Ambil gambar produk anda yang sedang digunakan dengan berlatarbelakangkan dunia sebenar.

Gambar produk yang mendapat pencahayaan yang cukup dengan latarbelakang yang agak kabur akan membuatkan produk itu lebih terserlah.

Contohnya seperti gambar pelari yang sedang memakai t-shirt dari jenama Under Armour di bawah ini.

insta2

Gambar yang ‘real’ dan mengujakan seperti ini berpotensi meningkatkan peluang produk tersebut dibeli berbanding dengan pengunaan gambar seperti di bawah ini yang dianggap biasa-biasa dan sekadar memaparkan produk.

insta3
2. Guna gambar dari pengguna produk

Dapatkan pengguna  untuk berkongsi gambar mereka sedang menggunakan produk anda dalam kehidupan harian mereka.

Gambar seperti ini juga mampu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk anda.

Contohnya seperti Instagram Garmin di bawah ini.

insta4

Untuk lebih umpphh lagi, sertakan testimoni ringkas pengguna. Strategi di bawah boleh digunakan untuk mendapatkan pengguna berkongsi gambar :

• Minta pengguna untuk tag anda di dalam post Instagram mereka.
• Minta pengguna guna hashtag khas apabila berkongsi gambar.
• Minta pengguna untuk emel gambar yang mereka tidak kisah untuk dikongsikan.

Dan jangan lupa beri mereka insentif kerana sudi berkongsi gambar dan testimoni. Ini dapat meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan terhadap produk anda.

3. Tampilkan ciri-ciri produk

Guna gambar yang memaparkan ciri-ciri produk tersebut atau dalam kata lain, apa yang produk anda mampu lakukan.

Dalam contoh dibawah pengeluar kamera GoPro menggunakan gambar yang diambil dengan kamera tersebut untuk menunjukkan kualiti gambar yang mampu dirakam.

insta5
Manakala syarikat Philips pula menggunakan gambar yang menunjukkan kesan pencahayaan lampu keluarannya apabila dipasang di rumah tamu.

insta6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *