datoaliff32015

1. Datuk Aliff Syukri dilahirkan di penempatan Felda di Kuala Lipis dan merupakan anak ketiga kepada pengasas produk Sendayu Tinggi.

2. Pernah bersekolah di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dari usia 14 hingga 16 tahun.

3. Semasa kecil, beliau mempunyai masalah disleksia iaitu keadaan diri yang mengganggu kemampuan seseorang untuk membaca dan menulis. Ini memberi kepada pencapaian akademiknya. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk meneroka bidang bisnes.

4. Semenjak dari usia remaja lagi beliau telah memasang impian untuk mencapai kebebasan kewangan.

5. Beliau bermula berniaga pada usia 19 tahun dengan modal sebanyak RM450.00 dan pada waktu itu juga beliau sudah  berkahwin.

6. Tempat pertama beliau berniaga adalah di pasar malam di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dan beliau menjual produk kecantikan dari Thailand dan Indonesia.

7. Datuk Aliff Syukri pernah menjadi jurumekap artis dan menggunakan kerjayanya pada masa itu untukmempromosikan produk jualannya.

8. Pernah memohon pembiayaan pinjaman peribadi untuk dijadikan modal namun tidak berjaya. Kerana itu beliau mengadakan bengkel kecantikan untuk mempromosikan produknya.

9. Pada peringkat awal, jualannya adalah sekitar RM3,000.00 sebulan dan jumlah tersebut meningkat dua kali ganda dari bulan-bulan. Dari situ, beliau memperolehi keyakinan yang beliau boleh pergi lebih jauh lagi.

10. Pada usia 21 tahun, Datuk Aliff Syukri mula menguruskan bisnesnya di lot kedai dan mengambil pekerja pertamanya. Pada waktu ini bisnesnya sudah pun mempunyai rangkaian pelanggannya sendiri yang tetap.

11. Di kedai pertamanya, selain produk kosmetik dan kesihatan, beliau turut menjual aksesori dan peralatan perlindungan kepala (headgear).

12. Pada waktu sekitar ini juga, beliau menjadi Ketua Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd.

13. Pada tahun 2010, D’Herbs Healthy Marketing ditubuhkan dan beliau mula mempromosikan jenamanya dengan lebih intensif.

14. Pada tahun 2010 itu juga, beliau mengambil beberapa pekerja profesional seperti ahli kimia bekerja dengannya. Menjalankan menjalankan R & D bagi mengeluarkan produk pertama D’Herbs iaitu gincu kolagen.

15. Modal yang dilaburkan untuk produk pertamanya itu adalah sebanyak RM100,000.00 dan ia mendapat sambutan hebat.

16. Datuk Aliff menjadi jutawan pada usia 23 tahun dan pada waktu itu, D’Herbs telah mempunyai 4 produk iaitu foundation, produk menguruskan badan, minuman kesihatan wanita dan gincu kolagen.

17. Pada peringkat awal mempromosikan jenama D’Herbs, beliau melakukan sendiri hampir semua tugas; menjadi jurujual, pemandu, ejen, pegawai pemasaran, ketua dan juga, seperti mana kita tahu, menjadi model produknya.

18. Beliau terpaksa menjadi model untuk produknya kerana tidak mempunyai bajet untuk mengambil selebriti sebagai duta produk.

19. Datuk Aliff mula menjadi terkenal apabila gambarnya sedang makan menggunakan tangan sambil memakai kain sarung dan selipar di KLIA menjadi viral.

20. Pada tahun 2012, D’Herbs telah mempunyai lebih dari 100 jenis produk dan Datuk Aliff menubuhkan Aliff Herbs Manufacturing yang turut mengeluarkan produk secara OEM untuk syarikat lain.

21. Tagline Terlajak Laris menaikkan lagi popularitinya dan Datuk Aliff turut membintangi drama Duda Terlajak Laris di TV3.

22. Datuk Aliff juga mengeluarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu ATL (Abang Terlajak Laris) selain mengusahakan spa, pelaburan hartanah dan perundingan.

23. D’Herbs kini mempunyai 100 produk, 6,000 dealer, 30,000 ejen, 45 kedai, sebuah kilang, 300 orang pekerja (termasuk 3 ahli kimia) dan 8 subsidiari.

24. Produk D’Herbs turut dijual di 194 kedai D’Mart.

25. D’Herbs kini juga dieksport ke Brunei dan Indonesia dan jualan tahunan D’Herbs kini adalah sekitar RM10 juta setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *