MW-EL624_amazon_20160429044120_ZH

Dibandingkan dengan syarikat-syarikat peruncit gegrgasi lain di US, Amazon adalah syarikat yang mencatat pertumbuhan pendapatan terpantas dari USD 0 ke USD 100 billion, hanya dalam masa 22 tahun (1993-2015).

Walmart walaupun pendapatan jauh lebih banyak dari Amazon tetapi ia mengambil masa selama 35 tahun untuk mencapai angka jualan USD100 billion.

Dan ketika nilaian saham peruncit-peruncit gergasi di US masih rendah bebanding  dari tahun 2006, nilaian saham Amazon telah meningkat sebanyak 1934% dari tahun 1996 hingga 2016, atau dari USD17.5 billion hingga ke USD355.9 billion.

Menurut Strategyzer.com, antara 2 sebab mengapa Amazon cepat berkembang adalah kerana :

 

1. Pengasasnya, Jeff Bezos, menjadikan Amazon sebagai ‘Tempat Terbaik Di Dunia Untuk Gagal’ (Best Place In The World To Fail).

Amazon adalah antara syarikat Internet yang berani bereksperimen dengan pelbagai produk yang menelan berbillion dollar dan banyak di antaranya yang gagal.

Antara kegagalan produk yang paling besar adalah telefon pintar Fire. Telefon pintar tersebut tidak mendapat sambutan walaupun Amazon menurunkan harganya hingga semurah USD0.99 sen. Telefon bimbit Fire diberhentikan pengeluarannya dengan kerugian USD170 juta.

Projek inovasi Amazon lain yang gagal adalah Destinations, Amazon Local, Amazon Wallet, Amazon Local Register, Music Impoter, TestDrive, Amazon Webpay, Endless.com, dan Askville.

 

 2. Amazon fokus pada pelanggan bukannya pada pesaing.

Menurut Jeff Bezos, “ Kebanyakan syarikat teknologi lain melihat apa yang pesaingnya lakukan dan mereka cuba bergerak pantas untuk menirunya.”

Salah satu cara yang Amazon pernah lakukan untuk memahami kehendak pelanggannya adalah dengan mengadakan sesi minum teh dengan  10 ribu orang peniaga di 31 buah bandar. Amazon mengeluarkan belanja untuk menghidangkan 37,200 cawan untuk sesi tersebut.

Dari sesi itu, mereka mendapati majoriti peniaga berminat untuk menjual secara online tetapi tidak melakukannya kerana percaya ia adalah satu proses yang memakan masa.

Hasil dari maklumbalas ini, Amazon menghasilkan servis bergerak Amazon Tatkal yang membantu  bisnes kecil mendaftar dan mula menjual secara online dalam masa kurang dari 60 minit.

maxresdefault

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *