leather-doctor

Terdapat dua jenis bisnes yang boleh kita pilih untuk dimulakan.

Pertama, bisnes untuk pasaran umum iaitu untuk orang kebanyakkan. Kedua, bisnes untuk pasaran khusus atau untuk golongan kaya.

Leather Biz adalah salah satu bisnes yang memenuhi keperluan pasaran khusus  iaitu membaiki dan memulihara barangan kulit berjenama mewah bagi pelanggan-pelanggan kaya.

Bisnes Leather Biz dimulakan oleh Clifford Tan pada usia 58 tahun, iaitu usia di mana kebanyakkan dari kita merancang untuk menghabiskan masa untuk berehat bersama keluarga.

Sebaik sahaja bersara dari pekerjaannya sebagai pengurus projek pada 2010, Tan mendapat idea untuk memulakan bisnes Leather Biz yang mengkhusus dalam pembaikian dan pemuliharaan barangan kulit berjenama.

Selepas  tahun beroperasi, beliau berkongsi  11 perkara yang boleh kita pelajari dari beliau :

1. Leather Biz dimulakan dengan modal sebanyak RM100,000.

2. Tan mendapat idea untuk menceburi bisnes ini apabila ternampak bahan-bahan kulit di sebuah kedai yang membuat barangan kulit untuk kereta.

3. Beliau bermula secara kecil dengan membaiki beg tangan berjenama milik rakannya.

4. Internet menjadi satu-satunya sumber rujukan Tan untuk belajar teknik membaiki barangan kulit. Beliau memulakan bisnes tanpa sebarang kemahiran asas.

5. Selain Internet, Tan memperbaiki kemahirannya dengan mempelajari ciri-ciri bahan kulit yang berbeza sambil membaikinya.

6. Untuk memastikan pelanggannya tidak meletakkan harapan dan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap hasil kerjanya, Tan akan menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dibaiki pada barangan kulit tersebut.

7. Bayaran yang dikenakan adalah antara RM250 hingga RM6,000.

8. Sehingga kini, lebih dari 5,000 barangan kulit berjenama telah dibaiki oleh Leather Biz.

9. Antara barangan kulit termahal yang pernah dipuliharanya adalah beg tangan kulit Hermes yang diperbuat dari kulit buaya berharga RM300,000. Kerja memulihara beg tangan tersebut bukan sahaja rumit malah mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

10. Selain pelanggan tempatan, pelanggannya turut datang dari Switzerland, Australia, Indonesia, Hong Kong dan China.

11. Sehingga kini, Leather Biz tidak mempunyai laman web ataupun laman media sosial. Kebanyakkan pelanggannya tahu tentang perkhidmatannya dari pelanggan-pelanggan lain yang berpuas hati dengan kualiti kerjanya.

12. Dua kunci kepada mencapai hasil kerjanya yang berkualiti adalah pertama, memahami setiap jenis bahan kulit yang berbeza dihasilkan di kilang dengan cara yang berbeza.  Kedua, tahu bagaimana barangan kulit itu rosak atau kotor untuk memastikan bahan dan kaedah yang sesuai digunakan apabila membaiki barangan kulit tersebut.

leather-doctor2

13. Isteri dan anaknya turut membantu menguruskan bisnes yang beroperasi di Sri Hartamas, Kuala Lumpur dengan 7 orang pekerja.

14. Dalam tempoh 6 tahun, Tan telah melatih 2 dari pekerjanya menjadi pakar barangan kulit.

15. Leather Biz turut menawarkan program latihan selama 4 bulan dalam bidang pembaikian dan pemuliharaan barangan kulit dengan yuran sebanyak RM60,000. Matlamat Tan adalah untuk memberi kemahiran kepada mereka yang berminat untuk memulakan bisnes ini secara kecil-kecilan dari rumah.

16. Antara pelan jangka masa panjang bisnesnya, Tan ingin menjadikan Leather Biz  sebagai model bisnes ’one stop centre’ bagi perkhidmatan membaiki dan memulihara barangan kulit.

17. Seterusnya, Tan merancang untuk mengeksport model bisnesnya ke luar negara luar dengan mempunyai rakan kongsi di negara tersebut.

18. Cabaran terbesar yang pernah dihadapi Tan dalam bisnesnya adalah untuk mencari pekerja yang bagus iaitu pekerja yang mempunyai sikap atau attitude yang betul.

(Sumber : The Star dan Malaymail)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *