IPOH 21 January 2015. ( METRO IPM714P ) Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membuat Tagline 'Qu Puteh, barulah puteh' sambil menyentuh pipi dengan jari yang digunakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menggunakan sebagai bahan ejekan serta lawak. NSTP/Muhaizan Yahya.

Fokus artikel ini bukan tentang kekayaan Dato’ Seri Vida yang hampir satu Malaya sudah tahu. Tetapi tentang pengalaman dan beberapa perkara menarik tentang beliau ramai tidak tahu.

Antaranya :

1. Beliau fasih berbahasa Mandarin kerana pernah mengajar di SJK(C) Poi Lam, Ipoh.

2. Misi hidupnya adalah untuk menghasilkan jenama sendiri yang akan terus diingati sehingga satu tahap tiada siapa yang pun yang tidak kenal jenamanya.

3. Memulakan bisnes dengan modal RM10 ribu dengan menjual minyak Argan dan pomegranate dari Morocco.

4. Tagline Qu Puteh pernah dikritik kerana berbunyi kekampungan tapi beliau tidak mempedulikannya.

5. Beliau dikatakan gila, gila glamour dan gilakan perhatian tapi beliau tidak kisah.

6. Jualan produk Pamoganya adalah sebanyak 100 ribu sebulan (harga RM168 sebotol, sebelum ini RM268). Manakala krim Qu Putehnya dijual sebanyak 150 ribu sebulan (harga RM268 satu).

7. Mempunyai 150 orang stokis bergerak (mobile stockist) dan kilangnya di Balakong mengeluarkan lebih 120 jenis produk.

8. Mempunyai tahap keyakinan diri yang cukup tinggi. DS Vida tidak percaya bisnesnya memerlukan konsultan pemasaran. Malah daripada 150 stafnya, tiada seorang pun yang melakukan kerja pemasaran.

Ini kerana beliau percaya tiada sesiapa yang boleh melakukan pemasaran untuk jenamanya dengan lebih baik berbanding dirinya sendiri (dan beliau telah membuktikannya).

9. Jenama Qu Puteh mula dikenali selepas beliau menaja Anugerah Juara Lagu ke 29 sebanyak RM3 juta. Sebelum itu DS Vida hanya menaja dengan membeli slot pengiklanan di dalam program namun selepas 5 tahun beliau menyedari ia tidak banyak membantu menaikkan jenamanya.

Sebaliknya beliau menyedari jenamanya perlu menjadi sebahagian dari program yang ditajanya untuk mencapai impak yang maksimum dalam melonjakkan jenamanya  sebagaimana yang diingininya.

10. Bagi beliau, aktiviti pemasaran dan pengiklanan perlu menghasilkan kesan yang kuat dan mengejutkan tanpa disangka-sangka, bukannya hanya sekadar menempelkan jenama dan wajah kita di produk. Penjenamaan pula perlu unik.

11. Mengenai stail pemakaiannya, DS Vida berkata, “Imej amatlah penting, kerana itu saya perlu mencipta tanggapan yang tepat di mata pelanggan dengan pemilihan pakaian yang sesuai, aksesori yang mahal dan penampilan gaya hidup mewah. Ianya bukan untuk mencari glamor tetapi untuk memastikan pelanggan sentiasa mengingatinya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *