bargain_1894744b

Bagaimana hypermarket besar di UK seperti Tesco dan Walmart menguruskan kenaikan kos pembelian barangan basah seperti ikan, daging, bawang dan sayur?

Mereka tidak menaikkan harga jualan barangan basah yang dibeli setiap minggu oleh pelanggan, sebaliknya harga barangan kering dan lambat dijual (slow moving item) seperti mentol, alat tulis, kasut, stokin dan peralatan dapur yang dinaikkan untuk menampung kenaikan kos pembelian barangan mentah.

Sekiranya harga barangan basah yang dinaikkan mereka berisiko kehilangan terus pelanggan tetap yang akan beralih ke pasaraya yang menjual pada harga yang rendah.

Pelanggan lebih sensitif dengan kenaikan harga barangan makanan yang kerap dibeli berbanding dengan kenaikan harga barangan yang jarang-jarang dibeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *