smiley-face-1

Penting ke untuk kita mendaftarkan hakcipta untuk setiap bahan kreatif, ciptaan atau rekaan produk yang kita hasilkan sendiri?

Pada tahun 1963, Harvey Murray, seorang pelukis komersil menghasilkan logo smiley untuk syarikat insurans State Mutual Life Assurance Company. Logo itu dilukis hanya dalam masa 10 minit dan beliau dibayar sebanyak USD45.00 (USD350 dalam nilai hari ini).

State Mutual menggunakan logo smiley ini sebagai bahan kempen untuk menggalakkan para pekerjanya sentiasa senyum. Ia dicetak pada poster, papan tanda dan button yang diedarkan di kalangan pekerja dan pelanggan State Mutual.

Logo smiley ini menjadi sangat popular sehinggakan beribu-ribu button terpaksa diedarkan.

Namun, Harvey Ball dan State Mutual tidak pernah mendaftarkan hakcipta logo ini.

Pada tahun 1970, dua adik beradik, Bernard Spain dan Murray Spain melihat potensi komersil yang ada pada ikon tersebut. Mereka merupakan usahawan yang mempunyai kedai kad Hallmark di Philadelphia.

Mereka mengambil logo tersebut, menambah ayat “Have a Happy Day” dan mendaftarkan hakcipta logo itu di atas nama mereka berdua.

Beribu-ribu button dan cenderamata dengan logo smiley itu dijual oleh Bernard dan Murray.

Mereka juga memperolehi royalti dari syarikat-syarikat yang menggunakan ikon ini pada produk korporat syarikat tersebut.

Populariti logo ini hanya bertahan selama satu setengah tahun iaitu dari tahun 1971 hingga pertengahan 1972.

Namun dalam tempoh yang singkat itu, pasangan adik beradik ini berjaya memperolehi pendapatan sebanyak USD50 juta (USD300 juta dalam nilai hari ini).

Dari hasil royalti tersebut, mereka menubuhkan pula bisnes kedai Dollar Store pada tahun 1980. Selepas 20 tahun, rangkaian kedai Dollar Store tersebut dijual kepada syarikat Dollar Tree pada harga USD500 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *